Tuesday, September 1, 2009

~da seminggu lebih ak berbuka awal..~


Nape ak buka puasa awl eyk?hehe...psl skrg ade kt labuan..urm...bosan pon ade gak..tp xpe la,yg penting yang tersayang ade disisi..xde la bosan sgt wpon die bz kje..keje ak kt cni xlain xbukan jahit manik ler..tp tu la,skrg ni ak xbrape sihat...so bila jahit sikit pon da pening2..tp ku gagahkan diri jgk utk jht manik ni..huhu..tu xtvt harian ler..selain dr tu, kje ak masak je la..ahaks..da kawen kn,kna la masak utk suami..

Urmm...cter psl masak utk buka pose n sahur..arini ak masak spaghetti..ala2 prawn olio pijahat tu ler..my hubby ske sgt mkn spaghetti tu kl kat pijahat..ac,2ari lps bru buat spaghetti..hehe..ni gmbr spaghetti yg smpt disnap 2ari lps..yg arini py xsmpt nk snap,,huhu..
Resepi Spaghetti Simple (2org)
Bahan-bahan :

200g spaghetti
4 sd besar minyak zaitun (minyak masak pon ok)
12~15 ekor udang yg dikupas kulit
5 kpg cendawan dalam tin (dipotong 4)
3 ulas bwg putih diracik halus
1 labu bwg besar kuning diracik halus
2 sd besar sos tomato
serbuk parsley (optional)
1 biji lada benggala (capsicum) merah - didadu
1 batang carrot – didadu
1 biji tomato segar – dipotong enam
2 sudu besar lada hitam serbuk (yang kasar-kasar)
½ sudu teh herba oregano kering (jika suka)
1 kiub stok ayam
Garam secukupnya
Cara-cara :

1- Rebus 2 liter air dalam periuk yang besar. Masukkan spaghetti apabila air mendidih dengan sedikit garam dan 1sudu minyak. Bila pasta lembut, angkat dan toskan. (lbh krg 13mnt)

2- Dengan menggunakan api sedang, tumis bawang besar dan bawang putih dengan minyak zaitun. Jangan ditumis garing, cukup sekadar bawang layu.

3- Masukkan udang, kacau hingga nampak kesemua udang telah masak.

4- Masukkan capsicum, carrot dan cendawan dan tomato. Kacau rata.

5- Masukkan lada hitam, sos tomato, herba oregano (jika suka), dan taburan kiub ayam. Kacau rata.

6- Akhir sekali, masukkan spahetti dan kacau rata.
Mesti dihidang terus, panas-panas.
Tips :
1- Minyak zaitun yang digunakan agak banyak kerana ia menjadi base sauce yang menyalut spaghetti. Minyak ini menyihatkan kerana ianya monounsaturated, dan baunya juga lebih harum.
2- Semasa merebus spaghetti, nk th dh cukup masak ke x, ambik sedikit spaghetti dan balingkn ke dinding. Kalo melekat kt dinding tu, dh bole diangkat dan ditoskn.
~SELAMAT MENCUBA~

1 comment:

tiana said...

weh kecik, ko baling btol2 meh pasta yg dah masak tu kt dinding??? haha, serious meh? ko lepak kat mane la kat labuan?